Thursday, 30 June 2011

gadis gagah

senyum sipu

reaksi pertama

apabila terlihat aku

manis

perkataan pertama

aku sifatkan kau

terus senyum

tak pernah berhenti

macam mana ni

aku dah jatuh cinta

dengan gadis gagah

setiap hela nafas

bawa aku berkhayalan

bila bersama kau

gagah

sinis bahasanya

tersenyum aku

sinis lagi

manis

(:

Tuesday, 28 June 2011

terima kasih

aku kan tetap di sini.

masih tersipu menyanyi.

lagu-lagumu..

yang membunuhku..

tak pernah walau sekali.

aku berhenti berlari.

mengejar kamu..

menandingimu..

alunan halus teliti.

jerit senikata hati.

bagai pelangi..

mewarna langit..

teguh mana kau berdiri?

bukankah kau makhluk asing?

bewarna kuning..

memetik tali..

...

mendayu dayu..

hasil karyamu.

ku pemuja mata kirimu..

ku peminat radio di lehermu.

tri

Monday, 27 June 2011

omong

tertawa aku tatkala terpikir kobodohan sendiri

mudah, terlalu mudah kau menipu melontar kata

berlindung dibalik kaca bercahaya berkhayalan

adakah tersengaja aku memberikan kau harapan

harapan, setelah kau kegelapan kehilangan terang

cinta aku beri

kasih aku beri

sayang apatah lagi

limpahkan semua, tak aku simpan sedikit pun

untuk yang sekeliling mahupun aku sendiri

tenang kau hancur halus halus

tak tinggal satu pun

bunyi seakan pedih

pasti pedih

punah,lebur, habis, hancur,

kini aku pula yang kegelapan

kehilangan terang yang aku sendiri hilangkan

tak apa

aku dah biasa

tak apa

biasalah tu

aku boleh tunggu

tunggu datang terang




ps: (mood sajak)

Sunday, 26 June 2011

mimpi

mimpi semalam
terpaling bodoh yang aku rasa
kerana hanya terlihat muka kau

mimpi semalam
mimpi semalam terpaling indah yang aku rasa
hanya kerana terlihat muka kau

mimpi semalam
adakah kau cuba bahasakan sesuatu?
ah karut
kau mimpi karut

mimpi semalam
apa yang kau nak ?
aku banyak kurang sedikit lebih
kau mahu?

mimpi
mimpi yang semalam
pasrah
aku tak dapat faham kau

mimpi semalam
maaf
aku terjaga lebih awal

Friday, 24 June 2011

dia buat yang ini

Ditenyeh lumur dipijak henyak
kalau pun terpecah seribu jasad
ke negeri cina mungkin mencari cantum
Dikutip bila sudi.
Dibiar tidak dibiar mati
terbaring peri menghantar bunga
mencari puteri si kabur rupa
Seolah tak pernah memakna apa
Seolah tak pernah kau inginkannya
sudah ternyata jupiter memang ada
cuma menanti kita kesana

liku maya

terlalu pelbagai bentuk rupa
terhingga lupa cara
kala yang berani cuba
terkadang sorok muka
beratus saat melihat
beribu detik yang sama dapatkan
terlayang bila terpancar
cahaya melurut kaca kaca
yang kesat terlontar
tatkala menoleh jiwa jiwa malap
yang jantung jatuh kedalam
teringin dihumban keluar
sentap
maya

Thursday, 23 June 2011

maaf.

ini 
blog 
baru 
aku.
yang
lama 
sudah 
tongong.
berkulat 
sebab 
tak 
boleh 
buka.
dan 
akhir
akhir 
ni 
jiwa 
hilang
melayang
entah
kemana.
puas
aku
nak 
cari 
tapi 
hilang
tak 
tahu 
punca.
selamat 
kembali.