Jam 3 aku dan Abg Az dah ada menunggu di tempat
menunggu bas berdekatan rumah PakTam.
Bawa beg boleh tahan besar.
Sudah dekat sejam tunggu tak ada jugak Pak Tam.
*eh,kitada kena tipu ke? . tanya aku dalam hati.
Sejurus selepas aku tanyakan soalan konfius tu, naik
satu avanza hijau milik paktam. fuhh *lega . Menunjuk isyarat
'bagus' Kearah kami sambil diatersenyum.
Ha tau dah lambat nak ambil hati la tu. Tak apalah.
Kami ok je lagi ni. Angkut
barang2 kami kedalam kereta dan terus bergerak kerumah
lagi sorang kawan Pak Tam. Emy
namanya. Rupa-rupanya beg emy lagi besar.
Aku dan Abg Az berpandangan *diam . Selesai
Emy naik, terus bergegas ke Briekfields untuk ke PBOBM
. Ha tau tak apa tu? Persatuan Bagi
Orang Buta Malaysia. Buat apa lah pergi sana.
Sebenarnya kami jadi volunteer untuk
membawa beberapa ahli dari persatuan ini untuk
mendaki sebuah gunung di Genting Highlands
yang bernama Gunung Bunga Buah. Tertidur aku dalam kereta.
jam 5 sampai kami disambut
oleh Pak Daud yang mana adalah sebagai ketua ekspidisi.
Terus bawa kami ke gym kt situ lepak
dengan dia. Sebab dia kata briefing pukul 8 malam.
kami berpandangan lagi. *apakah . tak
apalah. dalam gym tu ada sorang mamat buta
tengah work out, Mi saja panggilannya.
Kali pertama aku berurusan dengan golongan sebegini.
agak gementar. Mi mengajak kami minum.
wah. gaya mengalahkan pemandu pelancung,
lagi hebat dari orang celik. kali pertama juga aku
duduk semeja dengan orang buta.
mereka tak ada yang beza dari
kami. pakai jam,pakai
phone(lagi canggih dari aku punya),
muka berseri(tak macam aku).membuat aku rasa
kagum.selesai minum, terus aku tukar baju
untuk mentelaah binatang 2 dalam gym tu. jam 8
kami dah berkumpul untuk diberi taklimat.
setiap seorang volunteer diberi partner (orang
buta). so, partner aku dalam ekpedisi ni ialah faruk.
sempat aku berborak dengan faruk. dia cuti
sem, buat master kat Universiti Malaya.
emmm *aku terdiam lagi. jam 8 setengah bergerak
dari PBOBM ke Genting highlands. *tertidur lagi.
sampai di Gohtong Jaya. berhenti sebab kami
akan menginap di Hotel Sri Malaysia Genting.
jam 10 hampir jam 11 kami sampai. siap letak
barang terus tukar baju untuk naik gunung pukul 11 malam.
gila kn? aah. aku pn kadang2 tak
paham. tapi orang buta bukan nampak pn. malam
ke siang ke. kita yang celik ni la yang sakit.
(sepanjang dari aku jadi partner faruk, tangan dia
sentiasa kat bahu aku) tepat jam 11 malam
kami gerak. tapi sebelum tu dapat briefing sikit.
aku tak dapat bayangkan macam mana nak
bawak orang buta naik gunung ni. malam pulak tu.
aku yang celik pn pn tesadung kaki bila jalan
malam. ntahla. mula berjalan aku dah rasa yang
aku akan pensan sebelum sampai puncak.
sebab faruk sangat bergantung kepada aku.
aku tak tahu barapa ratus kali dia terjatuh dan
mengeluh. aku pun kadang join jadtuh gedebuk
sekali. bila turun bukit, dia sandar kat aku. bila
naik, aku kena tarik dia. mulut aku tak berhenti
bercakap kat dia. "kanan sikit,kiri sikit,tengah
tengah, ha lompat,ha kayu,ha tunduk" macam tu
la sepanjang panjang perjalanan. pertengahan
jalan aku ngan faruk da kena tinggal jauh, ada la
dalam 5 tiang.masa tu lak lampu padam. *sial.
berbekalkan kasut emperio armani aku.
aku jalan jugak. sekarang aku pun buta.aku
sekarang hanya berharap dari cahaya bulan yang
tak berapa nak nampak sebab kabus, masa tu aku
berada dikawasan awan. dah 6 jam aku
hadap faruk dengan lampu tak ada. baru sampai
puncak.aku rasa puas gak. terus bukak beg
dan tidur. sejuk gila kat atas tu.macam nak mati
sejuk aku. dalam pkul 6 pagi,kitorang gerak
turun bawah. badan aku dah menggigil masa
turun. tak berapa kuat. macam mana nk bawak
faruk turun. *sial. baru turun 5 minit faruk da
cakap dia tak larat.*shit, ni semua nk membunuh
aku. sabar sabar. faruk dah bergantung sepenuhnya
kat aku. aku tau yang aku kena kuat. *sial.
berulang kali aku sebut. masa turun ni la aku
rasa kesabaran aku dicabar. aku rasa lebih 100
kali kasut aku dipijak oleh faruk sampai tercabut.,
aku pasang semula. sampai aku dah malas nk
pasang balik,aku biar je. jam sudah pukul 9.
lagi 1 jam perjalanan. aku dah sedikit pnat. faruk
asyik mengeluh yang aku rasa nk belasah
dia kt situ.nasib la aku ni waras lagi.(masa balik pn
Pair aku tertinggal jauh)
tepat jam sepuluh aku sampai kaki gunung.
terus menapak ke hotel dan terus breakfast (tak
mandi dulu pun) *fuhhh nafas lega aku.dekat
12 jam aku terbeban. lepas makan terus naik bilik
nak cari bantal. pukul 12 check out. aku penat punah ranah
No comments:
Post a Comment